Secara
keseluruhanya memang ada penyakit menyebabkan botak, tetapi bukan
semua. Di sini admin dah senaraikan punca-punca botak yang melibatkan
penyakit dan kesihatan.
PUNCA-PUNCA BOTAK.
1. Hormon.
Hormon
berkaitan dengan genetik, pernahkah anda terdegar apabila ibu atau bapa
mempunyai penyakit kencing manis, risiko anaknya mengalami penyakit
kencing manis adalah besar. Pendekatan inilah yang saya ingin katakan.
Jika seorang bapa atau ibu anda adalah seorang botak, anda tidak
mustahil akan menghidap perkara yang sama. Jika ibu atau bapa anda
seorang botak, anda harus berjaga dari awal atau mula dari sekarang.
Jika gejala untuk botak sudah ada, cepat-cepat lah berjumpa dengan
pakar. Ianya boleh dipanggil Androgenetic alopecia.
2. Penyakit atau kesan dari ubat.
Sesetengah
penyakit kronik seperti psoriasis dan kencing manis boleh menyebabkan
keguguran rambut. Penyakit kulat pada kulit kepala juga boleh
menyebabkan masalah ini dan banyak lagi penyakit yang boleh menyebabkan
masalah ini berlaku. Saya hanya mampu nasihatkan bersabarlah dengan
situasi yang sedang berlaku. Tiada siapapun yang mahu dirinya botak
disebabkan penyakit. Bawalah berjumpa dengak doktor pakar. Selain itu
sesetengah ubat boleh menyebabkan keguguran rambut seperti ubat
mencairkan darah, ubat untuk penyakit gout dan tekanan darah tinggi, pil
merancang keluarga dan ubat ‘antidepressant’ atau ubat pengawal
kemurungan.
3. Tekanan emosi dan fisiologi.
Tekanan fizikal yang teruk (seperti pembedahan) atau tekanan psikologi
yang teruk (seperti kematian dalam keluarga) boleh memberi kesan yang
pelik pada badan manusia. Tekanan yang teruk biasanya membuatkan badan
berapa dalam keadaan terkejut. Ini boleh membawa kepada Telogen effluvium,
yang boleh membawa kepada keguguran rambut. Cuma apa yang tidak begitu
jelas adalah bagaimana tekanan kronik atau tekanan jangka panjang
memberi kesan kepada keguguran rambut.
4. Pemakanan.
Kekurangan
zat besi dalam nutrien lain – seperti vitamin B (khususnya B12)
dan protein dianggap menyumbang kepada keguguran rambut juga. Oleh itu
saya menyeru amalkan pemakanan seimban, lagi elok anda berjumpa doktor
untuk mengenali pemakanan anda. Doktor akan memberikan nasihat pemakan
yang seimbang mengikut keperluan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan