Rabu, 20 Mei 2015

Makan Lewat Malam Antara Punca Kegemukan.

Kajian oleh Dr, Satchidananda makan pada waktu malam punca lemak mudah terkumpul. Kajian ini dijalankan kepada dua kumpulan tikus makmal. Pada akhir kajian, kumpulan tikus yang diberi makan sepanjang hari dan malam memiliki 70 peratus lemak dalam tubuh berbanding dengan kumpulan tikus yang satu lagi.


Biarpun kedua-dua kumpulan tikus diberi makan dalam jumlah kalori yang sama, namun kumpulan tikus yang makan pada waktu siang tidak mempunyai peningkatan berat badan yang signifikan.
Hasil keputusan kajian ini juga boleh dimanfaatkan sebagai panduan kepada orang ramai agar mengawal bukan hanya pengambilan makanan, malah memilih waktu makan yang tepat dan melakukan senaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan