Laporan Pencegahan Pembunuhan Diri
di Malaysia oleh Kementerian Kesihatan pada tahun lalu menyebut kadar kematian
pada tahun 2004 adalah antara sembilan hingga 12 kes bagi setiap 100,000
penduduk, manakala tahun 2012 pula 13 kes dalam setiap 100,000 orang. Antara
faktor yang menjadi penyumbangnya adalah masalah gangguan mental atau emosi.
Dengan bahasa mudah, ia berkaitan aspek kemurungan berpanjangan yang berpunca
daripada tekanan atau bebanan kerja.
Punca Kemurungan.
Mengalami penyakit berat dan
berpanjangan yang menyebabkan pesakit hilang keupayaan diri. Fungsi diri
terbatas dan tidak boleh menjalankan peranan kehidupan yang sewajarnya (peranan
sebagai isteri/suami/ahli keluarga)
Mengalami masalah berat yang tidak
mampu diatasi dan ia menjadi bebanan kehidupan (contoh : kegagalan dalam
kerjaya/ kegagalan dalam rumahtangga)
Bagi sebilangan wanita,
kedatangan haid, awal kehamilan, selepas melahirkan, dan
pre-monopous juga boleh menyebabkan kemurungan berlaku. Walaupun tidak serius
tetapi jika berlaku sesuatu yang mengganggu emosi berlarutan, individu
ini lebih terdedah kepada kemurungan.
Tanda-tanda
Kemurungan
- Kesedihan, kepiluan, kesepian (loneliness), jiwa kosong (emptiness) yang berpanjangan
- Gangguan tidur, sukar tidur (imsonia) atau . berlebihan tidur
- Cepat letih. lesu dan tidak bermaya /bertenaga
- Gangguan selera makan, hilang selera atau makan berlebihan ( tanpa kenikmatan)
- Amat sensitif , pendiam dan suka mengasingkan diri
- Perasaan pesimistik Hilang semangat, putus asa/putus harapan
- Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokkan
- Rasa bersalah atau menyalahkan diri atas peristiwa buruk yang belaku.
- "Rasa hidup tidak bermakna / lebih baik mati" (ini tidak semestinya bermaksud keinginan untuk bunuh diri, tetapi suka jika kematian berlaku pada diri. Ini menyebabkan pesakit tidak cenderung untuk mengurus diri dan dan membiarkan kesihatan dan keselamatan diri terganggu. Pemikiran dan tindakan percubaan bunuh diri boleh juga berlaku pada pesakit jika kemurungan berlarutan tanpa bantuan atau rawatan.
- Rasa tidak tenteram dan mudah marah
- Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan
- Terlalu bergantung kepada ubat-ubatan, alcohol atau dadah.
- Simptom-simtom fizikal seperti sakit kepala, sakit belakang, sakit sendi dan gangguan penghazaman, loya serta semput)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan