Sabtu, 23 Mei 2015

Apa itu Insomnia dan Tips Mengatasinya.

Dalam kata mudah, ianya dipanggil penyakit susah tidur. Secara fisiologinya, insomnia tidak dikategorikan sebagai sejenis penyakit. Boleh dikatakan, hampir setiap individu mengalami insomnia sekurang-kurangnya sekali dalam fasa kehidupan mereka.  Keadaan ini bagaimanapun, tidak mengundang sebarang masalah dan tidak menjejaskan. Tetapi, ia perlu dirawat jika insomnia yang dihidapi mengganggu rutin harian individu terbabit. Tidur yang normal akan melalui beberapa fasa. 



Fasa ini terbahagi kepada:

a. Tahap I - Rasa mengantuk
b. Tahap II - Tidur-tidur ayam
c. Tahap III dan IV - Tidur mati.

Penyakit sukar tidur boleh disebabkan beberapa faktor dibawah.

-Stress atau tekanan ditempat kerja.
-Menghadapi masalah.
-Perubahan pada persekitaran.
-Penyakit.
-Gangguan mahluk halus.


Tips berkesan mengatasi masalah sukar tidur.

1. Bernafas dengan tenang.
Bernafas secara tenang dan pelahan-lahan. Biarkan diri anda berintraksi dengan pernafasan yang baik. Lakukan secara berulang-ulang, sampai anda tertido.

2. Kosongkan Minda.
Kemungkinan besar masalah sukar tidur ini berpunca daripada anda berfikir sebelum tidur. Fikiran anda tidak fokus dan selalu memikirkan hal lain. Kosongkan minda, lupakan masalah.

3. Elakan Minum Air Berkafein.
Minuman berkafein sebenarnya boleh membuatkan seseorang hilang rasa mengantok. Ini kerana kandungan kafeinnya bertindak balas dengan badan. Namun ada yang tetap rasa mengantok walaupun minum minuman berkafein. Ianya bergantung pada seseorng itu sendiri.

4. Bersukan, beriadah.
Bersukan pada waktu petang juga memudahkan anda tidur pada waktu malam. Ini kerana, apabila badan anda letih. Anda akan mudah tidur.

5. Mendekatkan Diri dengan Tuhan.
Melakukan ibadat juga boleh menenangakan hati atau boleh menghidar dari ganguan mahluk halus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan