Kenali Mers-Cov.
MERS-COV
adalah salah satu daripada ahli keluarga (strain) dari kumpulan
coronavirus. Ia adalah kumpulan keluarga virus besar dan meliputi
pelbagai strain yang boleh menjangkiti manusia dan haiwan. Pihak
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula melaporkan mengenainya pada
September 2012. Sehingga 31 Mei 2013, sejumlah 53 kes yang disahkan,
melalui ujian makmal telah dilaporkan di seluruh dunia, meliputi 30
kematian. Rakyat Malaysia juga berisiko mendapat jangkitan kerana
bilangan yang mengerjakan haji dan umrah adalah agak tinggi. Oleh itu
para jemaah harus berwaspada dengan penyakit ini.
Tanda dijangkiti.
Info.
-Penyakit ini mula dilaporkan sejak tahun 2012 di Arab Saudi.
-Kebanyakan kes yang dilaporkan berlaku di rantau Timur Tengah.
-Sehingga 14 Mei 2014, sejumlah 571 dilaporkan yang disahkan melalui ujian makmal.
Antara
gejala yang sering dihadapi adalah jangkitan saluran pernafasan akut.
Gejala utama termasuklah demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas.
Kebanyakan kes mengalami radang paru-paru dan cirit-birit (sebahagian
kes).
Info.
-Penyakit ini mula dilaporkan sejak tahun 2012 di Arab Saudi.
-Kebanyakan kes yang dilaporkan berlaku di rantau Timur Tengah.
-Sehingga 14 Mei 2014, sejumlah 571 dilaporkan yang disahkan melalui ujian makmal.
Admin
menasihatkan selepas ataupun sebelum pergi ke mana-mana negara,
haruslah membuat pemeriksaan kesihatan. Ini supaya kita tidak membawa
penyakit ataupu dijangkiti. Untuk lebih banyak perkongsian ilmu jangan
lupa komen dan follow yea.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan