Hamil merupakan saat yang dinanti-nantikan setiap wanita terutama bagi mereka yang merindui kehadiran seorang bayi dalam kehidupan berumahtangga. Ketika mendapati diri mereka hamil, kebanyakan wanita akan menjaga kandungan mereka dengan sangat berhati-hati.
Sayangnya, ramai wanita hamil masih melakukan rutin yang sama seperti ketika belum hamil dan salah satunya ialah menggunakan alat solek atau produk kosmetik. Pada masa ini terdapat
perdebatan berkenaan kesan penggunaan alat solek terhadap kehamilan.
Ramai pakar kesihatan berpendapat, kandungan bahan kimia yang dikenali
sebagai phthalates pada alat solek mampu menurunkan darjah kecerdasan
(IQ) anak dalam kandungan.
“Hingga kini kami
beranggapan, phthalates mampu memberikan impak negatif pada kesihatan
otak bayi dalam kandungan. Kami mengetahuinya setelah melakukan kajian
untuk memeriksa tahap IQ anak-anak. “Pendedahan tinggi pada
phthalates mencatatkan tahap IQ sekitar enam hingga tujuh kali lebih
rendah daripada bayi yang tidak terdedah kepada bahan kimia berkenaan.
Tahap IQ rendah ini termasuk kesukaran dalam menumpukan perhatian dan
mengingat sesuatu benda,” jelas ketua penyelidik daripada Columbia
University’s Mailman School of Public Health, Profesor Robin Whyatt. Tambahnya, phthalates
merupakan bahan kimia yang mampu merosakkan hormon manusia dan daripada
penyelidikan sebelumnya mendapati, bahan itu menjadi faktor dalam
peningkatan risiko diabetes dan asma. “Dalam alat solek, ia digunakan untuk melarutkan bahan kimia lain dan banyak digunakan dalam pewarna kuku,” ujarnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan