Jumaat, 3 Julai 2015

Pembayar Balik Loan ASB yang Bijak.

Sebelum itu, jika anda belum baca lagi kebaikan pinjaman pelaburan ASB, sila klik sini. Pembayaran balik ASB sebenarnya harus dilakukan dengan bijak, supaya kita dapat mengoptimumkan keuntungan dari pelaburan, jom kita lihat cara pembayaran balik yang boleh membawa untung.


1. Pembayaran balik tidak disentuh simpanan kompaun.
Lebih awal anda mula menyimpan, lebih besar faedah terkumpul ke atas pelaburan asal anda. Kuasa pengkompaunan boleh membuat aset tumbuh lebih cepat. Contoh tahun pertama anda membuat pinjaman pelaburan Rm 100 000.00 dan pembayaran balik Rm 500.00 setiap bulan. 

Encik A. Tahun 2011
Pembayaran 1 tahun. Rm 560.00 x 12bulan =  Rm 6 720.00
Bonus tambah diveden ASB.  Rm 1 000 000.00 x 8.5% = Rm 8 500.00 - pembayaran Rm 6 720.00 =
anda untung Rm 1 780.00 setahun. Wow untung atas angin bukan. Tetapi cik A membelanjakan wang tersebut, tidak menyimpan. Senario yang sama akan berlaku tahun kemudianya

Encik B. 2012
Sama seperti encik A senarionya, tetapi cik B tidak mengunakan duit tersebut. Jom lihat pengiraan cik B tahun 2012.
Pembayaran Rm 6 720.00
Bonus tambah diveden ASB. Rm 1 008 500x 8.5%= He, he, he, cuba kira sendiri berapa.
Bayangkan senario B berlaku selama 10tahun. Kayo den, pak cik kayo.

Pernah kawan saya pihak bank call untuk menyuruh mengeluarkan duit kerana sudah melebihi limit Rm 2 000 000.00, kerana mengunakan cara ini.

2. Pembayaran sikit-sikit jadi bukit.
Tahun 2011
Kepada yang gaji kecil, tetapi tidak mampu hendak mengambil pinjaman pelaburan dalam jumlah yang besar. Ini caranya, ambil loan Rm 10 000.00 bulanan bayar Rm 60.00 je. Jom kita kira cara admin.
Pembayaran  tahun pertama. Rm 60.00 x 12bulan =  Rm 720.00
Bonus tambah diveden ASB.  Rm 10 000.00 x 8.5% = Rm 850.00 - pembayaran Rm 720.00 =
anda untung Rm 130.00 setahun. Macam tidak berbaloi bukan, untung Rm130.00 je. Sabar jom kita kembangkan duit ini.

Tahun 2012.
Duit bonus dan diveden dah cukup untuk bayar tahun depan, jadi tambahlah pinjaman pelaburan jadi Rm 20 000.00. Bonus awal tahun mampu bayar untuk pinjaman tahun ini, malah tahun ini anda akan bayar lebih sedikit. Jom lihat pengiraanya.

Pembayaran tahun kedua. Rm 120.00 x 12bulan =  Rm 1 440.00 jumlah.
Bonus dan dividen ASB tahun pertama - pembayaran tahun kedua. Rm850.00 - Rm 1 440.00
Rm 580.00 sahaja tahun kedua anda bayar. Wow pembayaran anda makin sedikit dan jumlah pinjaman makin bertambah. Macam kelakar bukan. Malahan mungkin untuk 10 tahun anda tidak perlu bayar apa pun. Pusing duit bonus dan diveden ASB sahaja. Bayangkan anda mula pada umur 20tahun. Pada umur 45 anda dah ada 2 000 000.00.

3. Gabungkan kedua-dua tips di atas.
Mulakan degan tips nombor 2. Sampai 5 atau 10 tahun anda telah mempunyai pendapatan yang stabil maka mulakan tips no 1. Ini kerana tips no satu lebih bagus sebenarnya.

Jika anda mempunyai cara pembayran yang lebih bagus sila share di ruangan komen.





 

3 ulasan:

  1. Salam,encik sy tertarik dgn asb loan tp masih belom untuk meceburkn diri.sy nk tanya,jika kita membuat pinjmn asb utk tempoh tertentu, tetpi boleh ke kita tamatknnye dgn cepat tnpa mgikut tempoh yg ditetapkan tu?

    BalasPadam
  2. salam miss, pihak bank akan memberi list berapa tahun miss kena bayar.biasa bank mencadang kn 25 tahun.bagi mengelakan bayaran bulanan y banyak.tp miss boleh membatalkan jika sudah tidak mampu byar atau sebahagianye.pendek kata pembayar asb bukan loan bkn seperti y lain,harus dibayar habis dlm tmpoh y ditetapkan. bnyak kwan sy ambil selama 5thun shaja, walaupun ikat 25 tahn. pless follow me

    BalasPadam
  3. Salam Encik,
    Umur saya sudah mencecah 30 tahun. Berbaloi x kalau saya melabur dalam asb ni?

    BalasPadam