Pelaburan ASB merupakan pelaburan paling selamat sebenarnya. Kerana pelaburanya diiktiraf oleh kerajaan dan dijamin juga. Seharusnya golongan bumiputra berlumba-lumba untuk membuat pelaburan ini. Ada yang masih terfikir pelaburan melalui simpanan atau pinjaman. Tepuk dada tanya selera anda.
Tapi bagi admin pinjaman lebih bagus. Megapa admin cakap begini, jom kita tengok sebabnya.
1. Mempunyai insurans perlindungan.
Masih ramai diluar sana belum mempunyai insurans, tapi admin nasihatkan ambil takaful. Baik, kita ke topik utama. Katakan anda telah mengambil pinjaman ASB termasuk insurans. Jika berlaku kematian atas peminjam tersebut anda pewaris akan mendapat tunai jumlah ASB yang dipinjam. Katakan suami anda buat pinjaman ASB, kemudian mati, isteri akan ditingalkan sedikit harta harta, isteri mungkin akan mengunakan duit tersebut untuk bayar hutang rumah,kereta dan sebagai.
2. Melatih diri menguruskan keawangan dengan betul.
Ramai yang diluar sana tidak ada pengurusan keawangan yang betul. Belum hujung bulan gaji sudah habis dan terpaksa pinjam sana dan sini. Apabila anda terikat dengan pembayaran yang berkaitan undang-undang (bank), secara automatik anda akan membuat bajet untuk bayaran balik pinjaman walaupun terpaksa.
3. Tabungan untuk aset dan kehendak.
Yea admin mengaku bahawa pinjaman ini akan menjejaskan anda untuk membuat pinjaman seperti kereta dan sebagainya. Mungkin anda ingin membeli motosikal berharga 7ribu cash, tapi tidak cukup duit, jadi anda beli secara hutang jadi 12ribu termasuk hutang. Jika anda ambil asb 100ribu dan bayar bulan2 sebanyak 560.00. Setahun bonus ASB jumlahnya hanpir RM8 000.00, anda sudah mampu beli cash motor tersebut bukan. Jadi jika anda mahu membeli aset yang besar mungkin makan masa. Tapi anda untung, bukan rugi. Mungkin anda boleh mengajak pasangan anda untuk lebih cepat mengumpul duit melalui faedah ASB.
Sebaiknya mohonlah pinjaman ASB diumur muda, kerana anda belum ada tangungan seperti anak, rumah dan sebagai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan