Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai kanser serviks merupakan
barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita diBukan
sahaja wanita, lelaki terutamanya suami perlu sedar tentang
penyakit kanser serviks ini juga. Ini adalah kerana virus ini boleh juga
disebarkan daripada seorang lelaki kepada wanita. Lelaki juga patut
sedar kebersihan diri mereka.Sebaiknya mengcegah lebih baik dari
mengubati.
Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim?
- Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
- Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
- Perdarahan pada faraj antara haid atau selepas perhubungan seks.
- Sebarang perdarahan pada faraj selepas putus haid.
Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini.
Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:
Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:
- Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
- Mempunyai pasangan seks berbilang
- Mengandung lebih dari 5
- Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
- Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
- Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
- Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan