Senaman mengecilkan peha.
1. Berjoging.
Berjoging banyak mengunakan angota peha. Pembakaran lemak pada peha
lebih banyak berbanding dengan anggota lain. Anda boleh melakukan
aktiviti ini 3 kali seminggu.
2. Berbasikal.
Berbasikal salah satu aktiviti yang mudah dan tidak banyak mengeluarkan
tenaga, tetapi ianya juga baik untuk kesihatan. Aktiviti ini juga banyak
tertumpu pada peha dan mampu mengecilkan peha anda. Lakukan sejam dalam
sehari sudah memadai.
3. Menaiki Tangga.
Menaiki tangga adalah jalan pintas untuk mereka yang tidak mempunyai
banyak masa untuk bersenam. Ada bangunan yang menyenaraikan berapa
banyak kalori dibakar setiap anak tangga anda pijak.
4. Lakukan senaman ‘Jumping Squats’
Berdiri tegak kemudian buka kaki sedikit sampai selebar pinggul, dan
juga posisikan tangan anda pada pinggul. Selepas itu kencangkan otot
perut anda terus ke arah dalam, selepas itu tekuk lutut sampai ke posisi
paha sejajar permukaan lantai. Lompatlah dan mendarat dengan posisi yg
sama. Lakukan di kawasan yang luas. Ulangi gerakan ini lebih kurang
sebanyak 10 s/d 15 kali.
Pemakanan.
1. Elakan Makanan Berkalori Tinggi
Pilih makanan seperti biji-bijian. Makan banyak sayur-sayuran dan
buah-buahan sebagai ganti makanan ringan. Pilih lemak tak tepu yang
sihat dan bukannya lemak trans. Makanan berminyak harus dielakan.
2. Mengambil Produk Kesihatan.
Seperti makanan tambahan yang akan dapat membantu dalam mempercepatan
proses mengecilkan perut dan paha dengan cepat yang berada didalam
pasaran, sebaiknya dapatkan nasihat dari farmasi sebelum membeli. Yang penting hanya pastikan yang ia adalah mendapat kelulusan
pihak yang bertanggungjawab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan