Khamis, 14 Mei 2015

Keburukan Minum Teh Ais

Sebelum ini saya ada menyediakan artikel kebaikan mengambil teh hijau. Tetapi baru-baru ini juga saya terjumpa artikel yang menyatakan keburukan minum teh ais. Oleh itu saya rasa terpanggil untuk menulis artikel ini. Jom kita baca dan fikirkan sekali.





Ada pakar yang menyatakan bahawa pemakanan seperti bayam, coklat, kekacang dan garam menyebabkan penyakit batu karang. Tetapi kali ini teh ais yang menjadi kesukaan kita dinyatakan mampu menyebabkan penyakit batu karang. Satu kajian dijalankan oleh Loyala Universiti Chicago menyatakan kekerapan mengambil teh ais secara berlebihan menyebabkan risiko batu karang.
Selain itu petikan artikel akhbar Times of India menyatakan bahawa mengandungi oksalat (oxalate acid) yang tinggi iaitu satu bahan kimia yang boleh menyebabkan penyakit batu karang. Oleh itu kita sendiri boleh fikir dan kawal tingkah laku kita. Supaya kita boleh melakukan tindakan sebelum terlambat. Nanti saya akan tulis artikel mengenai penyakit batu karang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan