Setiap setahun pasti musim panas akan
berlaku. Mungkin di Malaysia tidak pernah mencatatkan kematian
desebabkan oleh musim ini. Tetapi sudah terdapat negara yang rakyatnya
mati disebabkan musim ini (gelombang panas). Suhu yang paling panas
dicatatkan di Malaysia ialah 41 celsius di daerah Cuping, Perlis. Oleh
yang demikian anda harus mengambil berat dengan perkara ini. Kerana
sedikit sebanyak akan memudaratkan kesihatan anda.
Apa yang harus dilakukan.
1. Kurangkan aktiviti pada waktu kemuncak (tengah hari).
Aktiviti seperti riadah di waktu panas harus dielakan, (bersukan,
berkelah dan sebagainya). Elakan melakukan kerja di tempat panas dan
terdedah dengan matahari, ini melibatkan pekerjaan seperti polis, buruh
binaan dan sebagainya.
2. Gunakan pelbagai item.
Pengunaan seperti payung sebelum keluar rumah adalah amat digalakan, selain itu pengunaan krim SPF 30 keatas juga digalakan.
3.Pakaian.
Pakai pakaian yang menutup badan anda dengan sempurna atau sepenuhnya,
ini bagi mengelakan kulit anda terdedah dengan matahari. Pemilihan warna
juga adalah penting, kerana warna pada pakaian dapat menyerap haba.
4. Banyakan Minum Air.
Air adalah paling penting di musim panas. Ini kerana, air mampu menyejuk
badan. Minum lah air mengikut keperluan badan, 8gelas sehari. Minuman
isotonik juga bagus untuk tubuh kita. Minuman yang perlu dielakan adalah
yang terlalu sejuk, beralkohol dan berkafein.
5. Sejukan Tubuh.
Selain minum air untuk menyejukan tubuh, pengunaan kipas dan penghawa
dingin boleh digunakan. Mandi kerap kali juga bagus untuk sejukan badan.
Amalan mandi kerap kali ini juga boleh dilakukan semasa anda demam. Ini
bertujaan supaya suhu badan anda tidak menjadi terlalu panas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan