Penyakit jantung, seperti penyakit jantung koronari, serangan jantung,
kegagalan jantung kongestif dan penyakit jantung kongenital, adalah
pembunuh nombor satu di Malaysia. Ternyata penyakit jantung yang sering
dikaitkan sebagai penyakit orang tua, kini makin banyak dialami orang
muda seawal usia 30-an. Perunding Kardiologi Hospital Pantai Klang, Dr Suhaimi Osman, berkata
faktor genetik mendedahkan seseorang kepada penyakit pembunuh nombor
satu di Malaysia itu.
Makanan yang boleh menyebabkan saluran darah jantung tersumbat.
>Makanan
yang kaya dengan gula dan manis adalah diantara punca berlakunya
penyumbatan pada saluran darah jantung. Gula yang didalam makanan kita
akan membentuk bahan yang dipanggil AGE (Advance Glycation Endproducts) yang boleh menyebabkan masalah inflammasi atau kebengkakan (inflammation) yang dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung dan kencing manis.
Gula juga
menyebabkan peningkatan paras kolesterol dalam darah yang menyebabkan
saluran darah tersumbat akibat kolesterol berlebihan. Gula juga
meningkatkan paras kolesterol ‘trigliserida’ yang boleh menjadi punca
saluran darah mengalami masalah inflammasi dan pembentukan plak
kolesterol dengan lebih cepat dan menyebabkan masalah saluran darah
jantung tersumbat.AGE ini juga menjadi punca kepada masalah atherosclerosis
iaitu saluran darah menjadi keras akibat pemendapan kolesterol pada
dindingnya. Apabila saluran darah menjadi keras maka ia akan menyebabkan
pembentukan ‘plak kolesterol’ yang akan menyebabkan saluran darah
menjadi tersumbat.
Makanan yang kaya dengan AGE ini adalah makanan yang
bergula tinggi dan juga makanan yang digoreng dengan minyak yang panas
dan juga makanan digoreng ‘dalam’ (deep frying).
Proses ‘grilling’ atau membakar dengan api sehingga berkerak hitam
seperti barbeque dan satey juga menghasilkan AGE secara berlebihan.
Menurut kajian, secara umumnya makanan yang berprotein tinggi dan
berlemak tinggi apabila dimasak dengan suhu yang tinggi akan
menghasilkan lebih banyak AGE. Untuk mengurangkan AGE dalam makanan,
maka proses masak secara kukus, rebus, sup, masak berkuah (stewed)
adalah lebih baik.
>Makanan yang digoreng dengan minyak yang banyak dan suhu yang tinggi (deep fried)
food adalah diantara makanan yang boleh menyebabkan saluran darah
tersumbat. Bukan hanya kerana kandungan AGE yang tinggi tetapi proses
menggoreng itu menyebabkan komposisi biokimia makanan itu berubah.
Apabila makanan berkolesterol digoreng, maka kolesterol akan bertindak
dengan oksigen dalam minyak menghasilkan oxicholesterol iaitu kolesterol
yang teroksida. Ianya lebih mudah menyumbatkan saluran darah. Proses
menggoreng juga akan meningkatkan radikal bebas dalam makanan tersebut
dan menyebabkan kerosakan sel-sel didinding saluran darah yang akhirnya
memudahkan pembentukan plak kolesterol yang akan menyumbatkan saluran
darah dijantung.
>Makanan
yang kaya dengan ‘lemak trans’ yang boleh menyebabkan saluran darah
dijantung tersumbat. Menurut kajian Nurses’ Heart Study lemak trans ini
lebih merbahaya dari lemak tepu dari haiwan dan ianya meningkatkan
risiko sakit jantung dua kali ganda. Contoh makanan yang kaya dengan
lemak trans ini adalah marjerin, biskut, jajan, kerepek kentang,
popcorn, muffin, kek, pastri, mee segera dan pelbagai lagi makanan
proses yang berlambak dipasaran sekarang. Kajian mendapati peningkatan
paras kolesterol jahat LDL dalam darah dengan pengambilan makanan yang
tinggi dengan lemak trans ini.
Dalam satu kajian oleh Prof Robert Vogel dalam tahun 1997 di University of Maryland School of Medicine menunjukkan makanan segera (Fast Food) seperti berger, hotdog, kentang goreng, ayam goreng, pizza, ‘hash brown’, nugget dan sebagainya juga mengandungi lemak trans ini yang boleh menyebabkan saluran darah dijantung tersumbat
>Makan makanan kaya
dengan lemak tepu seperti daging lembu, daging kambing, minyak sapi
juga menjadi punca kepada masalah saluran jantung tersumbat. Makan
makanan yang mengandungi lemak tepu secara berlebihan akan menyebabkan
peningkatan kolesterol LDL dan menurunkan paras kolesterol baik HDL.
Ia
juga menyebabkan berlakunya inflamasi pada dinding saluran darah yang
menyebabkan berlaku pemendapan kolesterol disitu yang dipanggil sebagai atherosclerosis yang
menyebabkan saluran darah menjadi keras. Proses inflamasi ini akan
menyebabkan interaksi kompleks diantara kolesterol LDL, platelet,
kalsium dan sel-sel inflammasi berkumpul pada dinding saluran darah dan
membentuk ‘plak kolesterol’ dan ini akan menyumbatkan saluran darah
tersebut
>Kajian
juga mendapati makanan yang tinggi dengan garam sodium atau natrium
seperti garam biasa dan serbuk perasa (MSG) juga boleh menyebabkan
saluran darah tersumbat. Sodium yang berlebihan akan menyebabkan saluran
darah menjadi sempit dan ini akan menyebabkan tekanan darah meningkat.
Apabila tekanan darah meningkat keadaan ini dipanggil sebagai Darah
Tinggi (Hypertension). Seseorang yang mengalami masalah Darah Tinggi
lebih mudah mendapat masalah plak kolesterol yang menyumbatkan saluran
darah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan