Rabu, 20 Januari 2016

Cara Penstrukturan atau Penjadual Bayaran Ptptn

Tujuan utama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuat penstrukturan atau penjadual semula pembayaran balik pinjaman bertujuan tidak membebankan peminjam. Admin cadangkan sila buat awal penstrukturan atau penjadual balik bayaran, supaya akaun penbayaran anda tidak tertungak. Bila tertungak anda akan di black list atau dalam kata mudah CCRIS. 


Jom admin terangkan maksudnya. CCRIS ialah sistem pangkalan data berkomputer yang mengumpul maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan (yang telah beri pinjaman) dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan (yang bakal beri pinjaman) sebagai rujukan untuk membantu mereka menyemak dan membuat penilaian mengenai sejarah kredit (bayaran balik) bakal peminjam / pelanggan mereka.
Ok lah admin taknak cerita banyak. Boleh klik sini untuk dowload borang. Admin cadangkan print borang sebelum pergi dan isi maklumat lengkap. Kalau tak mahu dowload borang pun boleh, terus pergi ke pejabat ptptn dan isi disana. Antara perkara yang perlu bawa adalah penyata kwsp dan pay slip. Ini bertujan untuk melihat sejauh mana kwsp anda boleh ditolak untuk pembayaran, tak silap admin akaun 1 kwsp akan ditolak jumlah yang perlu dibayar. Jika ada tungakan admin nasihatkan bayak cash, takot akaun 1 kwsp anda tidak cukup.

Admin rasa setakat ni je admin nak cerita, nanti admin ceritakan pula pengalaman admin di black list.

Jika anda mempunyai maklumat atau untuk membetulkan artikel ini, sila komen di ruangan bawah. 
<SILA SHARE> TQ
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan