Jumaat, 20 November 2015

Warna Penutup Botol Air Minuman

Cuba anda perhatikan di Malaysia mempunyai berapa banyak warna penutup botol air minuman. Cuba lihat perbezaan harga dengan setiap warna penutup botol tesebut. Lihat pula kandungan yang terkandung dalam air tersebut. Mesti ada yang masih belum tahu perbezaan warna penutup air botol minuman yang ada dekat Malaysia kan. Jom terjah.
1. Biru atau hijau.
Kebiasaanya penutup botol berwarna biru atau hijau adalah air mineral. Secara ringkasnya air mineral boleh dikenali sebagai air yang diperolehi dari bawah tanah, dipam naik dan akan melalui proses penyulingan. Kemudian, air itu akan dibotolkan. Air ini mengandungi beberapa sumber mineral dari dalam tanah. Proses penyulingan ini akan memalui beberapa langkah bertujuan untuk membuang kuman dan bahan-bahan asing. Kebiasaan harga air ini lebih mahal berbanding air minuman. Selain melihat penutup botol, anda juga boleh melihat labelnya.

2.Penutup botol berwarna putih.
Penutup air yang berwarna putih ini biasanya dikenali sebagai air minuman, bukan air mineral seperti penutup biru dan hijau. Harganya jauh lebih murah berbanding dengan air mineral. Kebiasanya air ini tidak menpunyai kandungan di dalamnya. Punca bekalan air ini ialah air yang dirawat semula. Kemungkinan besar seperti air kumuhan dan sebagainya yang telah digunakan.


Jika anda mempunyai maklumat atau untuk membetulkan artikel ini, sila komen di ruangan bawah. 
<SILA SHARE> TQ

2 ulasan:

  1. Ada ditulis pada label botol, air dirawat, punca air, air pili syabas dan sebagainya. Tak pernah lagi sy jumpa air kumbahan. Admin minta selidik sebelum buat artikel.

    BalasPadam
  2. Maaf jika maklumat y diberi salah. Admin terangkan Tidak menyatakan benar dari air kumuhan. Nanti admin akan cari lagi info.tq beri komen Sir Fareez

    BalasPadam