Sabtu, 17 Oktober 2015

Kek Batik

Yumiiii, sedapnya makan kek batik kawan buat. Jadi admin pun tanya cara membuatnya. Risik punya risik dapat lah resepinya. Tapi rasa kek batik admin buat tidak sesedap rasa kek batik kawan admin. Mungkin caranya berbeza, atau bak kata orang air tangan kan. Jadi cuba lah sendiri. Jom terjah resepinya.


Gambar diatas merupakan bahan-bahan yang diperlukan.
1. Air setengah cawan.
2. Serbuk milo.
3. Susu pekat.
4. Telur
5. Butter.
6. Serbuk koko.
7. Biskut mery.
8. Perisa vanilla. (tambahan)
Modal diangarkan hampir RM 25.00

Cara pertama.
Panaskan kuali anda dengan api yang sedehana. Kemudian masukan satu butter ke dalam kuali. Biarkan butter tersebut cair sepenuhnya. Apabila sudah cair, masukan pula susu pekat, sukatan susu pekat bergantung kepada anda, satu tin atau separuh tin jika tidak suka terlalu manis. Seterusnya masukan telur kuning sahaja kedalam kuali. Sebanyak 2 biji. Kacau sehingga hancur dan sebati.Hasilnya seperti gambar dibawah.









Cara Kedua.
Masukan air setegah cawan tersebut kedalam kuali. Kacaukan sampai sebati, kemudian masukan milo secawan. Cara masukan tabur secara rata didalam kuali, supaya nanti milo senang cair dan tidak berketul-ketul. Gaul sehinga milo cair dan sebati. Seterusnya masukan perisa vanila sebanyak satu sudu. Bertujuan menghilangkan bau hanyir telur dan menarikan lagi kek anda. Hasilnya seperti dibawah.









Cara ketiga.
Patahkan biskut mery, jangan terlalu besar atau kecil. Dalam kata mudahnya patah mengikut saiz bekas yang anda ingin gunakan nanti. Tutup api dapur, kemudian masukan dalam kuali. Gaul biskut tersebut dengan perlahan supaya tidak pecah. Pastikan semua biskut terkena kuah yang kita bancuh tadi.Masukan dalam bekas dan tunggu sejuk. Masukan dalam peti sejuk. Selepas beku hidangkan untuk makan petang atau bila-bila masa anda ingin makan. Hasilnya seperti dibawah.












Akhir kata selamat mencuba. Yumi3

Jika anda mempunyai maklumat atau untuk membetulkan artikel ini, sila komen di ruangan bawah. 
<SILA SHARE> TQ

2 ulasan:

  1. sy xguna telur, susu. buat guna bahan paling asas dan simple je :)

    BalasPadam
  2. haha.betul 2, xguna telur pun xpe.tepuk dada tanye selera.nice athirah.

    BalasPadam