Selasa, 2 Jun 2015

Penjagaan Laptop (Komputer Riba)

Terdapat pelbagai jenis komputer riba diluar sana. Tapi penjagaanya hampir sama. Jangka hayat sebuah komputer riba diangarkan 3tahun sahaja. Maka tidak hairan lah jika sebuah jenama komputer riba mampu menawarkan jaminan selama 3 tahun, tapi mungkin kena tambah duit sedikit, hehehe. Penjagaan yang betul membuatkan komputer anda lebih tahan lama. Jom kita lihat sedikit tips untuk penjagaan komputer riba anda.


1. Apa yang harus dilakukan apabila komputer riba anda masuk air.
Apabila laptop anda terkena air, atau masuk air. Perkara utama adalah mencabut adapter (suis utama) biarkan laptop anda terpadam secepat mungkin. Apabila sudah terpadam ambil pengering rambut dan keringkan secepat mungkin. Apabila anda sudah yakin betul2 kering, baru on kembali.

2. Hindarkan serangga masuk ke laptop anda.
Kenapa admin katakan macam ni. Apabila serangga seperti semut masuk ke dalam laptop. Kemungkinan besar akan terjadi litar pintas dan menyebabkan cip laptop anda tidak berfungsi. Ada sesetengah serangan gemar kawasan yang agak panas. Oleh itu admin nasihatkan hati-hati apabila nampak serangga sekitar laptop anda.

3. Gunakan penyejuk laptop.
Di dalam laptop anda ada kipas untuk menyejukan laptop anda. Tapi apabila anda mengunakan laptop anda terlalu lama, laptop anda akan panas terlampau. Ini akan menyebabkan mother bord anda panas dan akan cepat rosak. Gunakan dua jenis kipas penyejuk, iaitu kipas bawah dan tepi. Ini menjamin laptop anda tidak terlalu panas.






Kipas tepi.                                                               Kipas Bawah.


4. Servis laptop.
Maksud servis adalah menjimatkan ram anda, anda boleh mengunakan sofware CCleaner. Selain itu jangan simpan sofware yang fungsi sama atau tidak berguna. Sebab semakin banyak sofware, makin berat laptop anda untuk running.

5. Bateri.
Bateri sangat berbeza dan sensitif. Untuk mengekalkan bateri tahan lama. Pada mula beli, caskan sampai penuh, kalu boleh jangan on laptop, caskan selama 8jam. Ini bertujuan untuk memastikan betul-betul penuh. Apabila penuh tangalkan bateri dan on tanpa bateri mengunakan adapter. Gunakan laptop tanpa bateri jika anda tidak memerlukan bateri. Selain itu apabila laptop on dan bateri penuh, jangan tangalkan bateri dalam keadaan laptop on. Pastikan off dulu apabila di skrim penuh, dan tangalkan.

6. Port.
Di tepi laptop anda terdapat pelbagai port, dan port yang paling cepat rosak adalah usb port. Pastikan anda remove usb port jika tidak mengunakanya. Sebaiknya jangan cas mengunakan usb. Ini kerana di usb terdapat voltan. Mungkin voltan tidak sesuia dengan gadjet anda. Risikonya gadjet anda rosak, laptop anda rosak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan