Ahad, 21 Jun 2015

Makanan yang Harus Dielakan Ketika Haid. (Datang Bulan)

Perubahan hormon yang terjadi sewaktu menstruasi acap kali dijadikan alasan bagi wanita untuk bersikap sensitif. Makanan yang salah boleh mempengaruhi keparahan dan lamanya pra-haid dan kekejangan haid yang menyakitkan. Penyebab yang paling umum dari kram menstruasi adalah prostaglandin, sejenis bahan kimia yang terjadi secara semulajadi dalam tubuh yang menetapkan ketegangan otot.


Ini beberapa makanan semasa datang haid yang harus dihindari.

1. Daging Merah.
Daging merah disebut juga makanan yang boleh menambah rasa sakit ketika menstruasi. Malah, pada masa sama boleh mengakibatkan pengeluaran darah yang banyak.

2.  Produk susu dan ais krim
Susu mengandungi asid arachadonic, yang dapat meningkatkan pengeluaran prostaglandin. Kerana prostaglandin dilepaskan ke dalam tubuh, rahim memberi respons dengan menyebabkan kekejangan atau kejang.
3. Minuman Bergas, Tebu.
Kandungan gas yang terdapat dalam minuman dipercayai menyebabkan haid terlalu panjang atau kurang dari kebiasaanya. Tebu dipercayai tajam dan membuatkan haid anda datang dengan banyak.
4. Coklat
Elakkan kafein dalam makanan seperti coklat, teh, soda dan kopi selama kitaran haid. Kafein menyempitkan pembuluh darah dan membuat dehidrasi tubuh, yang boleh menyebabkan sakit kepala dan dapat meningkatkan kegelisahan selama tempoh haid sehingga menyebabkan ketidakselesaanhaid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan